Tuesday 22 July 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera . di sini ingin aku memulakan coretan aku yang berkisahkan tentang kehidupan di IPT . yaa . bagi student sem 1 macam aku nie . memang sangat mencabar . ye lah . macam macam ujian yang aku kena tempuhi . antaranya . belajar berdikari . belajar uruskan kewangan sendiri . belajar berjimat . belajar memilih sahabat dan utama dan menyeksakan bagi aku ialah belajar hidup jauh dari keluarga . aku rindu mak abah . dan rindu itu menyakitkan ! sangat menyakitkan bagi orang yang macam aku yang tak pernh berenggang dengan keluarga . (bukan manja Cuma tak biasa) *alaa macam korang jugak first first belajar dok asrama . kata aku . cehh . hahha . tapi macam yang aku bagitau hidup kita ni ada amanah . amanah yang perlu dilaksanakan . aku  belajar tempuhi kerana aku nak melaksanakan amanah yang diberikan kepada aku . kalau orang lain mampu untuk melaksanakan amanah . why not ? aku pun mampu apa . in sha Allah .

Di IPT tak macam sekolah . pergi awal pagi amik kehadiran and them start belajar sampai petang . semuanya disuap . nak belajar nota cikgu bgi . habis mudah hafal jaa . kalau di IPT ikut suka hati . nak belajar belajar . taknak belajar lantak engkau laa . tak nak datang kelas ? pun suka hati engkau lah . hmm . sebenarnya berat tanggungjawab sebagai seorang pelajar . nak menuntut ilmu bukannya mudah . kena bersungguh sungguh . mai aku nak cerita sikit . dulu , aku bukannya seorang yang suka belajar . keja aku habiskan setiap hari hri yang berlalu . belajar pun main main jaa . tapi start SPM aku diberikan kesedaran tentang masa depan . dan sejak tu baru aku start belajar betul betul . itu pun dah nak dekat trial SPM . dulu . aku tak pernah minat bahasa arab . langsung tak . ustaz ustazah suruh hafal pun endah tak endah . kadang ponteng kelas . tak hadir dll . dan paling aku menyesal SMRA . ya ALLAH jujur aku menyesal . SMRA masa form 4 . ingat lagi disebabkan aku taknak amik SMRA aku sanggup nak pindah sekolah . tetapi Allah tak izinkan aku pindah sekolh . dan  aku gagahi jugak amik form 4 dekat situ . memang form 4 bagi aku tahun buang masa . aku tak belajar betul betul . dalam seminggu 3 4 hari ja aku datang sekolah . abah tak boleh nak marahkan aku sebab aku dah cakap kalau aku tak pindah jangan paksa paksa aku p sekolah . ya ALLAH . jahilnya aku time tuu . kan ? ima minx maaf abah .

Tapi lepas SPM ntah kenapa hati seolah olah diberikan hidayah oleh ALLAH . aku  pun taktau kenapa . aku rasa selesa sangat bila bertudung labuh . bila mentup aurat . rasa macam dekat dengan ALLAH . dan aku pun taktau kenapa aku pilih kos yang belajar bahasa arab . kitab dalam bahasa arab .

Dan sekarag aku memilih belajar bahasa arab . memang tak mudah sebab aku sangat low bahasa arab . then ambil kos yang memang subjek arab . tapi aku percaya apa yang ALLAH aturkan kepada aku . ada hikmat disebalik semua ni . aku yakin dengan ALLAH . ya ALLAH kau permudahkanlah jangan dipersulitkan dn kau akhirilah dengan kebaikkan .  

Monday 7 July 2014

Rindu serindu rindunyaaa .



Duhai resah pergilah . hati ini bukan membencimu . hati ini hanya ingin setia pada ketenangan . ya . ketenangan . duduk di bumi orang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar . sakitnya berjauhan dari keluarga . kadang kadang terdetik nak tinggal segalanya dan pulang ke pangkuan keluarga .  tapi apakan daya belajar itu satu amanah . amanah sebagai seorang hamba Allah . amanah sebagai seorang anak . aku yang pilih jalan ni . aku yang pilih jauh dari keluarga tercinta . ada sebab kenapa aku memilih sedemikian . kerana aku nak belajar hidup tanpa ada orang kesayangan . yaaa . mati itu pasti . sanggup atau tidak mahu atau tidak satu hari aku akan rasa perasaan itu . samaada aku atau orang lain yang pergi dulu .

Mak abah . ima terlalu rindukan mak abah . sangat sangat rindukan mak abah . setiap kali kol mesti air mata ni mengalir . degilkan air mata ni mak , abah ? baru sekarang ima tahu apa itu perasaan homesick ? dulu ima slalu tngok kakak nangis bila nak balik asrama . dan sekarang ima paham macam mana perasaan kakak masa tu dulu .






Haritu balik rumah untuk dua hari pun belum puas sebenarnya . tapi Alhamdulillah Allah bagi jugak peluang ima balik jumpa mak abah . mak abah doakan ima kuat dekat sini . doakan segala urusan ima dipermudahkan . doakan ima berjaya mengengam segulung Diploma iaitu Diploma Usuluddin . memang belajar itu tak mudah tapi akan ima cuba . kalau orang lain boleh kenapa ima tk boleh .

Tinggal 17 hari lagi ima nak balik mak abah . dah tak lama dah . nak balik raya . first time berpuasa sendiri tanpa keluarga . sedih . sedih sangat . hmm . nasib kawan kawan baik kalau tidak mau lagi frust tonggeng laa jawabnya .


Mak abah . tunggu ima dengan kakak balik rumah okay . we miss you L .